Wednesday, October 8, 2014

ARTIKAL MALAYAN UNION

Pentadbiran tentera penjajah British di bubarkan pada 31 Mac 1946 dan apa yang disebut Kerajaan Awam telah ditubuhkan. Bersamaan dengan itu British melaksanakan rancangan pengubahan perlembagaan yang pertama selepas Perang Dunia Kedua iaitu Malayan Union.
Rancangan ini ditelurkan Kerajaan Parti Konservatif British ketika Perang Dunia Kedua masih berlangsung. Pada bulan Julai 1943, imperialis British menubuhkan satu unit perancang Malaya di London bagi merekakan rancangan untuk membangun semula penguasaan penjajahannya setelah Perang Dunia Kedua.
Ketua unit itu ialah Major General Hone, Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Pentadbiran Tentera British setelah Perang Dunia Kedua. Anggota-anggota unit tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat perang dan pejabat tanah jajahan British dan salah seorang di antaranya ialah Edward Gent, Gabenor pertama British ke Kuala Lumpur setelah Perang Dunia Kedua.
Unit Perancang tersebut telah menelurkan prinsip-prinsip pokok rancangan itu berasaskan dasar penjajahan imperialis British setelah mendengar pendapat-pendapat dari tuan punya ladang getah dan lombong bijih besar British dan dengan menimbangkan keadaan yang mungkin terjadi setelah Perang Dunia Kedua.
Sepucuk kawat dari bahagian Hal Ehwal Awam South East Asia Command tentera British bertarikh 24 Disember tahun 1943 berkata:
ringkasnya usul yang sedang dipertimbangkan ialah dalam masa pentadbiran tentera, wakil Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan yang berkuasa penuh harus menyederhanakan kedudukan perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dengan cara menandatangani perjanjian baru dengan para sultan melalui perundingan.”
Parti Buruh British yang memegang tampuk kerajaan menjelang saat Jepun menyerah diri pada tahun 1945 telah mewarisi jubah Parti Konservatif. Setelah Jepun menyerah diri, Kerajaan Parti Buruh segera mengumumkan pelaksanaan rancangan yang telah ditelurkan Kerajaan Parti Konservatif sebagai langkah pertama bagi mewujudkan apa yang disebut “Pemerintahan Sendiri”di Malaya. Pada bulan Oktober 1945, Kerajaan Parti Buruh telah mengumumkan pokok-pokok rancangan tersebut sebagai berikut:
§  Malayan Union terdiri dari 9 buah negeri berserta Melaka di Semenanjung dan Pulau Pinang; Singapura tidak termasuk dalam Malayan Union.

§  Menubuhkan kerajaan pusat Malayan Union yang kuasa tertingginya berada di tangan Gabebor British. Kerajaan berbagai negeri di bawah tadbiran kerajaan pusat.

§  Majlis mesyuarat Undang-undang terdiri daripada ahli-ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor.

§  Untuk memikat hati orang ramai rancangan itu menetapkan bahawa siapa saja yang lahir di Malayan Union dianggap warganegara.

§  Selain itu orang yang sudah 10 tahun bermastautin terus menerus di Malaya dalam masa 15 tahun sebelum Perang Dunia Kedua juga boleh menjadi warganegara.
Kerajaan Parti Buruh juga telah mengutus seorang utusan khas bernama Herold MacMichael ke Malaya untuk menandatangani perjanjian baru dengan sultan-sultan dan Raja-raja berbagai negeri.
Rancangan ini bertentangan dengan kepentingan asasi rakyat semua bangsa kerana ia bukan saja tidak menyentuh barang sepatah katapun tentang kemerdekaan yang diidam-idamkan rakyat, sebaliknya sengaja menimbulkan ketidakpuasan Malaya.
Jika sebelum Perang Dunia Kedua imperialis British telah melaksanakan polisi “pecah belah dan perintah”, maka setelah peperangan itu ia menjalankan polisi “mencantumkan lalu memerintah” melalui rancangan Malayan Union, tapi disamping itu ia juga meneruskan polisi “memecah-mecah lalu memerintah” dengan mengasingkan Singapura daripada Malayan Union.
Dengan demikian, negeri kita tetap merupakan tanah jajahan imperialis British. Oleh yang demikian rancangan tersebut telah dikutuk dan ditentang oleh rakyat semua bangsa negeri kita setelah ia diumumkan.
Komplotan Imperialis British
Penentangan Malayan Union dianjurkan oleh penjajah British. Gabenor BritishFrank Swettenham mendorong Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.
Menghadapi keadaan demikian, imperialis British telah mengirim orang untuk menjalankan apa yang disebut “penyiasatan” di negara kita, di samping itu ia mendatangi bangsawan-bangsawan feudal dan pegawai-pegawai rejim penjajah untuk tampil membuat pendapat awam agar dapat menyelubungi perbuatan mereka sebagai pembantu jahat imperialis British dalam menumpas perjuangan kemerdekaan rakyat negeri kita di sebalik topeng “menentang Malayan Union”.
Antara mereka yang utama ialah pegawai kanan negeri Johor ketika itu yang kemudian menjadi Menteri Besar, Onn bin Jaafar (Bapa kepada Hussein Onn dan datuk kepada Hishamuddin Hussein), Tunku Abdul Rahman (yang melanjutkan pelajarannya ke Inggeris tidak lama setelah Jepun menyerah), Menteri Besar Kelantan masa itu, Nik Abdul Kamil, dan Abdul Razak(ayahanda Najib Razak, PM sekarang, yang mendapat hadiah dari imperialis British pada tahun 1946 dan pergi menjalani latihan di London pada tahun1947) serta Tan Cheng Lock dan H.S. Lee (yang pulang dari luar negeri mengekori tentera British) dan lain-lain lagi.
Pada awal 1946, Onn bin Jaafar menentang rancangan pengubahan perlembagaan itu dengan dalih membela kedudukan dan hak istimewa sultan-sultan dan raja-raja. Dia dengan gila-gilaan menghasut-hasut cauvinisme dan bergembar-gembur hendak mempertahankan keadaan sebelum Perang Dunia Kedua.
Semasa Jepun menduduki tanah air kita, Onn bin Jaafar telah menyerah dan menjadi anjing buruan imperialis Jepun. Untuk mengatasi kesulitan menjelang saat menyerah diri, fasis Jepun menjalankan tipu muslihat hendak menghadiahkan Malaya apa yang disebut “Kemerdekaan” di samping menghantar sepasukan tentera Jepun yang menyamar diri sebagai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) menyembelih babi di hadapan sebuah masjid di Johor dan telah mencetuskan bentrokan bangsa-bangsa.
Kemudian atas perintah tuannya, Onn bin Jaafar yang dibantu oleh sepasukan tentera Jepun telah melakukan penyembelihan besar-besaran yang mengerikan. Mereka telah membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang di kawasan Batu Pahat, Sengarang, Rengit dan Benut. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya terpaksa menghalang mereka ketika mereka mendekati Pontian.
Mula-mula, TAJRM menyeru kepada massa (orang ramai) yang ditipu dan dipaksa, mendedahkan komplotan fasis Jepun yang terkutuk dan menasihatkan mereka supaya meletakkan parang panjang. Akan tetapi, tentera Jepun yang sangat ganas itu menggertak mereka dengan senjata api dan memaksa mereka menyerbu ke arah TAJRM.
TAJRM terpaksa menyerang balas untuk membela diri dan menghancurkan komlotan fasis Jepun. Setelah seplatun tentera Jepun itu dibasmi semuanya, massa yang ditipu dan dipaksa itu beramai-ramai meletakkan parang panjang dan menggugat kejahatan fasis Jepun.
Ramai yang kemudiannya telah mengambil bahagian dalam gerakan massa revolusioner yang dipimpin oleh PKM dan menyertai perjuangan bersenjata pada bulan Jun tahun 1948.
Berkat laporan dan bantuan massa rakyat, TAJRM telah menangkap Onn bin Jaafar yang menjadi biang keladi peristiwa penyembelihan besar-besaran itu, tapi setelah dia mengaku hendak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, TAJRM melaksanakan dasar murah hati dan melepaskannya meskipun dosanya sudah menggunung.
Akan tetapi, Onn bin Jaafar yang lurus-lurus ekor anjing telah menyerahkan dirinya ke pelukan tuan lamanya bila imperialis British kembali ke Malaya. Untuk maksud yang tersembunyi, imperialis British memalsukan sejarah dalam dokumen rasminya, menyanjung-nyanjung Onn bin Jaafar dan memindahkan dosa penyembelihan itu ke atas parti komunis.
Dia berkata konon, parti komunis (orang Cina) yang dipelopori TAJRM cuba hendak merebut kawasan Batu Pahat dan Muar. Onn bin Jaafar yang menjadi pegawai daerah ketika itu telah mengetuai orang Melayu untuk menentang pencerobohan itu. Dari sini jelaslah imperialis British sudah lama merancang hendak memelihara dan menggunakan pengkhianat bangsa itu.
Setelah Malayan Union diumumkan sejumlah pegawai kanan rejim penjajah di Malaya sebelum Perang Dunia Kedua yang telah bersara pun bergerak dengan leluasa di London; antaranya belasan orang termasuk Frank Swettenhamyang pernah menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat berturut-turut menulis surat atau artikel di suratkhabar The Times di London.
Mereka secara terang-terangan menggalak, menyanjung dan menyokong kegiatan-kegiatan Onn Bin Jaafar serta bangsawan-bangsawan feudal lainnya.Macdonald, Gabenor General British ke Asia Tenggara pada masa itu (kemudian ditukar namanya menjadi Commissioner General ke Asia Tenggara) juga membantu menggalakkan kegiatan mereka.
Roland Bradell, seorang peguam British yang pernah menjadi ahli exco Johor sebelum Perang Dunia Kedua dan penasihat sulit undang-undang kepada Sultan Johor, secara langsung menawarkan akal bulusnya kepada Onn bin Jaafar.
Justeru dengan adanya tunjangan imperialis British, Onn bin Jaafar telah menyelenggarakan mesyuarat agung pertubuhan-pertubuhan Melayu di Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun 1946 dengan mengibarkan panji-panji membela hak dan kepentingan orang Melayu.
Pada bulan Mei tahun itu juga, UMNO telah ditubuhkan dan secara terbukaRoland Bradell menjadi penasihatnya.
Seorang dua pegawai imperialis British tanpa segan silu berkata “Malayan Union” yang ditelurkan kerajaan parti konservatif sebenarnya bermaksud hendak meluaskan sistem Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, (Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang); ke (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) yang dinamakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu masa itu serta Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang),
sedangkan penaja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu justeru Gabenor British
Frank Swettenham yang menghasut-hasut Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.

Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957.
 Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.

Datuk Bahaman
Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa penjajah.

Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat
 dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.

Datuk MaharajaLela
Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan pangkat, martabat dan kekayaan.

Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan.
 Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.

Pejuang kemerdekaan sebenar antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.

Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka)
 ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.

Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).

Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan
 (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.

Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.

Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam)
 tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.

amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.

Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka;
 kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.

a

Wednesday, September 17, 2014

PERJUANGAN & PROSES KEMERDEKAAN

DEFINISI

vNEGARA YANG BEBAS DARIPADA KONGKONGAN DAN CENGKAMAN KUASA ASING YANG MENEKAN.
vKEBEBASAN BERMAKNA RAKYAT BERHAK MENGATUR DAN MEMILIH CORAK KEHIDUPAN MEREKA SEPERTI MEMPUNYAI SISTEM PEMERINTAHAN DAN PERLEMBAGAAN SENDIRI TANPA  TERIKAT DENGAN KUASA ASING.

PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN

1945-1955

1955, BRITISH TELAH MEMPERKENAL BEBERAPA LANGKAH KE ARAH PEMERINTAHAN  SENDIRI.
  • Memperkenalkan sistem pengudian
  • Mengadakan pilihanraya
  • Penubuhan beberapa parti politik
vSyarat-syarat ke arah kemerdekaan
Perpaduan kaum
Semua kaum mesti bersatu membolehkan perkongsian kuasa       
 §USAHA KE ARAH PERPADUAN  MEMBENTUK SEBUAH PERTUBUHAN YANG MEWAKILI SEMUA KAUM .

  • JAWATAN PERHUBUNGAN ANTARA KAUM DITUBUHKAN 1949
Pertumbuhan parti-parti politik
Pertumbuhan parti-parti politik didorong oleh reaksi terhadap cadangan Malayan Union(1946).
  •  ™Parti-parti politik
  • Ditubuhkan oleh Dato’Onn Jaafar
  • Ditubuhkan pada 11 mei 1946
  •  ™  Matlamat awal menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan     orang melayu.
  •     ™Dato’Onn meletak jawatan pada tahun 1951 dan diambil alih oleh Tunku Abdul Melayu.
  •     Tukar konsep Hidup Melayu ke Merdeka
  •     ™Membentuk parti PERIKATAN dianggotai UMNO,MCA, dan MIC ,1954.

Malayan Indian Congress(MIC)

*Ditubuhkaan pada Ogos 1946 , diketuai oleh JOH.A.THIVY.
*Perjuangan awal  menyokong kemerdekaan di India, tapi kurang sambutan dari  kaum india di Tanah Melayu.
*Selepas kemerdekaan India 1947 ,tumpu isu kerakyatan .
*Pernah menyertai parti serpihan Dato’Onn Jaafar,tetapi kurang sambutan .
*Bergabung dalam Parti Perikatan ,1955 dapat sambutan .

Malayan Chinese Association(MCA)
  •    ™Di tubuhkan pada febuari 1949 membolehkan kaum cina   sokong british semasa darurat.
  • ™   Presiden yang pertama TAN CHENG LOCK
  •     ™Matlamat: mellindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial oarang Cina.

  • PARTI ISLAM SE-MALAYA(PAS)
  •    ™Ditubuhkan ekoran persidangan Persatuaan Ulama Se-Malaya di Kuala Lumpur ,23 Ogos 1951.
  • ™   Ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.
  • ™  Persatuaan Ulama  disertai oleh aktivis agama ,bekas ahli HAMIM.
  • ™  Ditubuhkan pada 1955 bermatlamat menjadikan islam sebagai agama rasmi,dan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi,dan mengetatkan peraturan kerakyatan.

Perubahan Dasar British Ke Arah Berkerajaan Sendiri

Dasar-dasar ke arah kemerdekaaN
Sistem
Ahli:

  • Diperkenalkan dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan
     
    Pilihan raya Tahun 1951
  • Pilihanraya pertama pada 1 Disember 1951 di peringkat majlis tempatan
  • Majlis perbandaran Georgetown,Pulau Pinang
  • UMNO-MCA telah menang semua 9 kerusi
  • 1953,speaker telah dilantik untuk Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi mengganti tempat Pesuruhjaya Tinggi British.

PILIHANRAYA 1952
  •   Februari 1952,Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi
  •   ™UMNO-MCA telah menang 9 kerusi,IMP 2 kerusi dan 1 calon bebas
  •   ™Pilihanraya Majlis Bandaran Johor Bahru,Ipoh,Melaka dan Seremban.
  • ™  Pilihanraya peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

Pilihanraya Umum Tahun 1953

  •   ™1953,UMNO-MCA mencadangkan supaya diadakan pilihanraya dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
  • 60% dipilih melalui pilihanraya,40% dilantik oleh British.
  • Cadangan ditolak
  • Bantahan:memulau semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan,negeri dan persekutuan.

                        Pilihanraya Umum 1955

  •   British bertolak-ansur dan menetapkan 98 orang keanggotaan Majlis  Perundangan Persekutuan
  •   ™50 dipilih menerusi pilihanraya,1 orang speaker
  •   ™3 orang dilantik kerana jawatan:Ketua Setiausaha,Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan
  • ™  11 orang dipilih mewakili negeri
  •   ™22 dipilih  mewakili berbagai golongan dan pertubuhan
  •   ™3 mewakili kaum minoriti
  •   ™7 dilantik oleh Pesruhujaya Tinggi
  • ™   Julai 1954,Perikatan bersetuju dengan cadangan British dan Pilihanraya Persekutuan ditetapkan pada 27 Julai 1955
  •    ™3 parti yang mewakili tiga kaum bergabung dan membentuk parti perikatan
  • ™  Perikatan bertanding 52 kerusi,Parti Negara 33 kerusi,PAS 11 kerusi dan 18 orang calon bebas
  •   ™Perikatan:UMNO 32 kerusi,MAC 15 kerusi,MIC 2 kerusi
  •   ™80% dimenangi UMNO DAN 20% oleh parti lain dalam perikatan
  • ™  Perikat memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi
Moto Perikatan

  •  Menuju Ke Arah Kemerdekaan
  •   ™Perjanjian
  • ™  Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen
  • ™  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • ™  Agama Islam sebagai agama rasmi
  •   ™Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu
  •   ™Mengubahsuai undang- undang kerakyatan
  •   ™Peningkatan taraf ekonomi melayu
  •   ™Menjalinkan hubungan antarabangsa
  •   ™Hak asasi manusia
  •   ™Sistem pendidikan kebangsaan
  • ™  Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh 4 tahun

Perkara yang ditentang
  •    Hak keistimewaan Melayu
  • ™  Hak kerakyatan
  • ™  Pengasingan Melaka dan Pulau Pinang
  • ™  Dua Kerakyatan
  •   ™5 Ogos 1957,Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British.
  •   ™Bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957
Pengisytiharan Kemerdekaan

  •  Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai pada jam 12.00 tengah malam pada  31 ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
  •   ™Penerunan bendera Union Jack menandakan Kemerdekaan Tanah Melayu
  •   ™Pagi 31 Ogos 1957,Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di stadium Merdeka melalui penyerahan pengisytiharan kemerdekaan oleh wakil Ratu  Elizabeth.