Pentadbiran
tentera penjajah British di bubarkan pada 31 Mac 1946 dan apa
yang disebut Kerajaan Awam telah
ditubuhkan. Bersamaan dengan itu British melaksanakan rancangan pengubahan
perlembagaan yang pertama selepas Perang Dunia Kedua iaitu Malayan Union.
Rancangan
ini ditelurkan Kerajaan Parti
Konservatif British ketika Perang Dunia Kedua
masih berlangsung. Pada bulan Julai
1943, imperialis British menubuhkan satu unit perancang Malaya di
London bagi merekakan rancangan untuk membangun semula penguasaan penjajahannya
setelah Perang Dunia Kedua.
Ketua
unit itu ialah Major General
Hone, Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Pentadbiran Tentera British
setelah Perang Dunia Kedua. Anggota-anggota unit tersebut terdiri daripada
pegawai-pegawai pejabat perang dan pejabat tanah jajahan British dan salah
seorang di antaranya ialah Edward
Gent, Gabenor pertama British ke Kuala Lumpur setelah Perang Dunia
Kedua.
Unit Perancang tersebut
telah menelurkan prinsip-prinsip pokok rancangan itu berasaskan dasar
penjajahan imperialis British setelah mendengar pendapat-pendapat dari tuan
punya ladang getah dan lombong bijih besar British dan dengan menimbangkan
keadaan yang mungkin terjadi setelah Perang Dunia Kedua.
Sepucuk
kawat dari bahagian Hal Ehwal Awam South East Asia Command tentera British
bertarikh 24 Disember
tahun 1943 berkata:
“ringkasnya usul yang sedang dipertimbangkan ialah dalam masa pentadbiran tentera, wakil Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan yang berkuasa penuh harus menyederhanakan kedudukan perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dengan cara menandatangani perjanjian baru dengan para sultan melalui perundingan.”

Parti Buruh British yang
memegang tampuk kerajaan menjelang saat Jepun menyerah diri pada tahun 1945 telah mewarisi jubah Parti Konservatif.
Setelah Jepun menyerah diri, Kerajaan Parti Buruh segera mengumumkan
pelaksanaan rancangan yang telah ditelurkan Kerajaan Parti Konservatif sebagai
langkah pertama bagi mewujudkan apa yang disebut “Pemerintahan Sendiri”di
Malaya. Pada bulan Oktober 1945,
Kerajaan Parti Buruh telah mengumumkan pokok-pokok rancangan tersebut sebagai
berikut:
§ Malayan
Union terdiri dari 9 buah negeri berserta
Melaka di Semenanjung dan Pulau Pinang; Singapura tidak termasuk dalam Malayan
Union.
§ Menubuhkan
kerajaan pusat Malayan Union yang kuasa tertingginya berada di tangan Gabebor British.
Kerajaan berbagai negeri di bawah tadbiran kerajaan pusat.
§ Majlis
mesyuarat Undang-undang terdiri daripada ahli-ahli rasmi dan ahli tidak rasmi
yang dilantik oleh Gabenor.
§ Untuk
memikat hati orang ramai rancangan itu menetapkan bahawa siapa saja yang lahir
di Malayan Union dianggap warganegara.
§ Selain
itu orang yang sudah 10 tahun bermastautin terus menerus di Malaya dalam masa
15 tahun sebelum Perang Dunia Kedua juga boleh menjadi warganegara.
Kerajaan
Parti Buruh juga telah mengutus seorang utusan khas bernama Herold MacMichael ke
Malaya untuk menandatangani perjanjian baru dengan sultan-sultan dan Raja-raja
berbagai negeri.
Rancangan ini
bertentangan dengan kepentingan asasi rakyat semua bangsa kerana ia bukan saja
tidak menyentuh barang sepatah katapun tentang kemerdekaan yang diidam-idamkan
rakyat, sebaliknya sengaja menimbulkan ketidakpuasan Malaya.
Jika
sebelum Perang Dunia Kedua imperialis British telah melaksanakan polisi “pecah belah dan perintah”, maka
setelah peperangan itu ia menjalankan polisi “mencantumkan lalu memerintah”
melalui rancangan Malayan Union, tapi disamping itu ia juga meneruskan polisi “memecah-mecah lalu memerintah”
dengan mengasingkan Singapura daripada Malayan Union.
Dengan
demikian, negeri kita tetap
merupakan tanah jajahan imperialis British. Oleh
yang demikian rancangan tersebut telah dikutuk dan ditentang oleh rakyat semua
bangsa negeri kita setelah ia diumumkan.
Komplotan Imperialis British
Menghadapi
keadaan demikian, imperialis British telah mengirim orang untuk menjalankan apa
yang disebut “penyiasatan” di
negara kita, di samping itu ia mendatangi bangsawan-bangsawan feudal dan
pegawai-pegawai rejim penjajah untuk tampil membuat pendapat awam agar dapat
menyelubungi perbuatan mereka sebagai pembantu jahat imperialis British dalam
menumpas perjuangan kemerdekaan rakyat negeri kita di sebalik topeng “menentang Malayan Union”.
Antara
mereka yang utama ialah pegawai kanan negeri Johor ketika itu yang kemudian
menjadi Menteri Besar, Onn
bin Jaafar (Bapa
kepada Hussein Onn dan datuk kepada Hishamuddin Hussein), Tunku Abdul Rahman (yang melanjutkan pelajarannya ke Inggeris tidak lama setelah
Jepun menyerah), Menteri Besar Kelantan masa itu, Nik Abdul Kamil, dan Abdul Razak(ayahanda Najib Razak, PM sekarang, yang mendapat hadiah dari
imperialis British pada tahun 1946 dan pergi menjalani latihan
di London pada tahun1947) serta Tan Cheng Lock dan H.S. Lee (yang pulang dari luar negeri mengekori tentera British) dan
lain-lain lagi.
Pada awal 1946, Onn bin Jaafar
menentang rancangan pengubahan perlembagaan itu dengan dalih membela kedudukan
dan hak istimewa sultan-sultan dan raja-raja. Dia dengan gila-gilaan
menghasut-hasut cauvinisme dan bergembar-gembur hendak mempertahankan keadaan
sebelum Perang Dunia Kedua.
Semasa
Jepun menduduki tanah air kita, Onn bin Jaafar telah menyerah dan menjadi
anjing buruan imperialis Jepun. Untuk mengatasi kesulitan menjelang saat
menyerah diri, fasis Jepun menjalankan tipu muslihat hendak menghadiahkan
Malaya apa yang disebut “Kemerdekaan” di
samping menghantar sepasukan tentera Jepun yang menyamar diri sebagai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) menyembelih
babi di hadapan sebuah masjid di Johor dan telah mencetuskan bentrokan
bangsa-bangsa.
Kemudian
atas perintah tuannya, Onn bin Jaafar yang dibantu oleh sepasukan tentera Jepun
telah melakukan penyembelihan besar-besaran yang mengerikan. Mereka telah
membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang di kawasan Batu Pahat, Sengarang, Rengit dan Benut. Tentera Anti-Jepun
Rakyat Malaya terpaksa menghalang mereka ketika mereka mendekati Pontian.
Mula-mula, TAJRM menyeru
kepada massa (orang ramai) yang ditipu dan dipaksa, mendedahkan komplotan fasis
Jepun yang terkutuk dan menasihatkan mereka supaya meletakkan parang panjang.
Akan tetapi, tentera Jepun yang sangat ganas itu menggertak mereka dengan
senjata api dan memaksa mereka menyerbu ke arah TAJRM.
TAJRM terpaksa menyerang
balas untuk membela diri dan menghancurkan komlotan fasis Jepun. Setelah
seplatun tentera Jepun itu dibasmi semuanya, massa yang ditipu dan dipaksa itu
beramai-ramai meletakkan parang panjang dan menggugat kejahatan fasis Jepun.
Ramai
yang kemudiannya telah mengambil bahagian dalam gerakan massa revolusioner yang
dipimpin oleh PKM dan
menyertai perjuangan bersenjata pada bulan Jun tahun 1948.
Berkat laporan dan
bantuan massa rakyat, TAJRM telah menangkap Onn bin Jaafar yang menjadi biang
keladi peristiwa penyembelihan besar-besaran itu, tapi setelah dia mengaku
hendak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, TAJRM melaksanakan dasar murah
hati dan melepaskannya meskipun dosanya sudah menggunung.
Akan
tetapi, Onn bin Jaafar yang lurus-lurus ekor anjing telah menyerahkan dirinya
ke pelukan tuan lamanya bila imperialis British kembali ke Malaya. Untuk maksud
yang tersembunyi, imperialis British memalsukan sejarah dalam dokumen rasminya,
menyanjung-nyanjung Onn bin Jaafar dan memindahkan dosa penyembelihan itu ke atas parti komunis.
Dia berkata konon, parti
komunis (orang Cina) yang dipelopori TAJRM cuba hendak merebut kawasan Batu
Pahat dan Muar. Onn bin Jaafar yang menjadi pegawai daerah ketika itu telah
mengetuai orang Melayu untuk menentang pencerobohan itu. Dari sini jelaslah
imperialis British sudah lama merancang hendak memelihara dan menggunakan
pengkhianat bangsa itu.
Setelah
Malayan Union diumumkan sejumlah pegawai kanan rejim penjajah di Malaya sebelum
Perang Dunia Kedua yang telah bersara pun bergerak dengan leluasa di London;
antaranya belasan orang termasuk Frank
Swettenhamyang pernah menjadi Gabenor
Negeri-Negeri Selat berturut-turut menulis
surat atau artikel di suratkhabar The
Times di London.
Mereka
secara terang-terangan menggalak, menyanjung dan menyokong kegiatan-kegiatan
Onn Bin Jaafar serta bangsawan-bangsawan feudal lainnya.Macdonald, Gabenor
General British ke Asia Tenggara pada masa itu (kemudian ditukar namanya
menjadi Commissioner General ke Asia Tenggara) juga membantu menggalakkan
kegiatan mereka.
Roland Bradell, seorang
peguam British yang pernah menjadi ahli exco Johor sebelum Perang Dunia Kedua
dan penasihat sulit undang-undang kepada Sultan Johor, secara langsung
menawarkan akal bulusnya kepada Onn bin Jaafar.
Justeru
dengan adanya tunjangan imperialis British, Onn bin Jaafar telah
menyelenggarakan mesyuarat agung pertubuhan-pertubuhan Melayu di Kuala Lumpur
pada bulan Mac tahun 1946 dengan
mengibarkan panji-panji membela hak dan kepentingan orang Melayu.
Pada
bulan Mei tahun itu juga, UMNO telah
ditubuhkan dan secara terbukaRoland
Bradell menjadi
penasihatnya.
Seorang
dua pegawai imperialis British tanpa segan silu berkata “Malayan Union” yang ditelurkan
kerajaan parti konservatif sebenarnya bermaksud hendak meluaskan sistem Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
(Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang); ke (Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor) yang dinamakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu masa
itu serta Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang),
sedangkan penaja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu justeru Gabenor BritishFrank Swettenham yang menghasut-hasut Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.
sedangkan penaja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu justeru Gabenor BritishFrank Swettenham yang menghasut-hasut Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.
Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.
Datuk Bahaman
|
Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka
Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris
cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu
terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di
Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa
penjajah.
Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.

Datuk MaharajaLela
|
Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang
negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan
pangkat, martabat dan kekayaan.
Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.
Pejuang kemerdekaan sebenar antaranya ialah
Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy,
Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali
sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin
(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).
Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.
Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.
Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).
Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).
Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.
Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.
Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.
amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.
Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka; kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.
Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.
Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.
Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.
Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).
Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).
Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.
Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.
Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.
amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.
Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka; kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.
No comments:
Post a Comment